TAPAH: Wanita yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air ketika perkelahan enam sekeluarga dan seorang pengasuh di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini petang tadi dikenali sebagai Aszura Bani, 37, dari Kampung Cegar, Bidor.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Mohd Naim Asnawi berkata kakak kepada mangsa Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat manakala tiga anak mangsa yang berusia dua, empat dan tujuh tahun masih hilang.
"Seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang merupakan pengasuh kepada tiga kanak-kanak yang hilang pula dijumpai sedang berpaut pada batu di sungai," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Beliau berkata usaha mencari tiga lagi kanak-kanak itu sedang giat dijalankan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk sehingga kini dalam radius pencarian tiga kilometer.
Mohd Naim berkata aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.
Katanya mayat mangsa dan pengasuh yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut dan rawatan.
Sementara itu, Mohd Naim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguh 7.30 malam ini atas faktor keselamatan dan akan disambung pagi esok.
Dalam pada itu, Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang masih hilang merupakan tiga beradik.
Mereka dikenali sebagai Hanna Mikayla, Hafiy Muhayat dan Hanum Marisa.
Katanya keanggotaan JBPM seramai 17 org terdiri dari lapan orang anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bidor, enam orang Unit PPDA BBP Teluk Intan dan dua orang pegawai Zon 4 Perak serta seorang pegawai dari Ibu Pejabat JBPM Perak terlibat dalam pencarian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguh 7.30 malam ini atas faktor keselamatan dan akan disambung pagi esok. - JBPM Perak
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Lata Kinjang dilanda kepala air
Hujan lebat beberapa jam yang melanda kawasan Kampar dan Tapah menyebabkan berlaku kejadian kepala air di Lata Kinjang awal pagi ini.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
Kepala air Lahad Datu: Aktiviti river hiking tidak dapat kelulusan, kebenaran
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
41 ahli keluarga cemas terperangkap insiden kepala air di Kapit
Akibat hujan lebat yang melanda, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras dan semua mangsa yang berada di situ terperangkap.
Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Jenazah Aszura disemadikan selepas disolatkan di Masjid Al-Muhtadin kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat dua beradik mangsa terakhir ditemui
Mangsa Hanum Marissa Azam, 2 tahun, dan kakaknya, Hanna Mikayla, 7 tahun, dijumpai kira-kira pukul 9 dan 9.10 pagi.